Damascus دِمَشقُ


Damascus?? Why should I go to Damascus? Itu adalah soalan pertama yang ditanya semasa merancang lawatan ke Teluk Arab. Selama ini, Syria tidak pernah ada dalam senarai tempat yang ingin dilawati. Mungkinkah ini disebabkan oleh amaran kerajaan Amerika yang mahu melarang rakyatnya daripada menjejak kaki dengan mengenakan amaran tahap keselamatan Level 4. Atau lebih tepat, persoalan itu jelas menunjukkan kebijaksanaan (atau kekurangan..) saya semasa itu?.. Di sebalik itu, lawatan ke Damascus adalah istimewa sekali.

Damascus (jumlah penduduk 1.6 juta) merupakan ibu negara Syria. Ia merupakan antara bandar tertua di dalam sejarah – the oldest continuously inhabited city in history. Terlampau banyak perkara yang boleh ditulis mengenai Damascus, namun begitu hanya snapshots saja akan ditulis.


Old City of Damascus

Pertama kali menjejak kaki ke Old City, memang terasa bahang sejarahnya yang amat lama. Dari tembok yang mengelilingi bandar ini kepada cobbled street yang dipenuhi dengan aktiviti jual beli. Dari senibina yang banyak menggunakan kayu dan batu blok besar kepada jaringan masjid, gereja dan synagogue yang sentiasa dipenuhi pengikutnya. Disebalik dipenuhi dengan laungan jual beli, Damascus terasa aman dan tenang sekali. Ia sentiasa diiringi bersama-sama irama azan yang di’synchronized‘kan dengan Masjid Besar Umayyad.

Bandar lama Damascus merupakan sebuah bandar bertembok – Walled city. Bandar lama ini asalnya dibina untuk pejalan kaki. Jalan-jalannya adalah sangat kecil di mana jarak antara kedai adalah dekat. Its pedestrian-friendly alleyways create a sense of coziness. Kesemua tempat yang menarik terletak di bandar lama.

Umayyad Mosque جامع بني أمية الكبير

The Grand Mosque of Damascus – Umayyad Mosque

Bandar ini dipercayai mempunyai lebih daripada 2,000 buah masjid di mana Umayyad Mosque merupakan yang terpenting. Masjid ini sentiasa dipenuhi dengan orang luar sama ada pelancong mahupun worshippers. Di kalangan kumpulan ini, golongan dari negara Iran membentuk kumpulan terbesar. Ini disebabkan Masjid ini menempatkan makam Saidina Hussin yang memainkan peranan penting dalam ajaran Syiah. Disamping itu, makam Nabi Yahya juga terletak di dalam masjid ini.

Souq Al-Hamidiyyah سوق الحميدية

Bumbung souq yang mempunyai efek bintang ini sebenarnya dihasilkan daripada tembakan dari kapal terbang perang

Aktiviti jual beli di dalam souq

Khan As’ad Pasha خان أسعد باش

Terdapat banyak khan (caravansary) di Damascus. Khan ini biasanya digunakan sebagai tempat berehat caravan travellers semasa zaman Ottoman. Khan As’ad Pasha telah memenangi Aga Khan Award for Architecture.

Rumah ini mempunyai courtyard yang menarik. Water fountain ini berfungsi untuk menyejukkan halaman rumah semasa musim panas. Courtyard yang separa tutup ini sedikit sebanyak dapat mengumpulkan haba semasa musim sejuk.

Restoran Al-Khawali

Makan malam di Al-Khawali is fully recommended. Makanannya sangat sedap. Bahkan bekas PM, Tun Mahathir pernah berkunjung di sini. Setiap kali datang, kami pasti akan berbelanja sebanyak 1000SP – tetapi memang puas hati.

Restoran Leila’s Rooftop

Restoran ini mempunyai pemandangan yang paling menarik di Damascus. Makanannya juga sedap..

Orient Palace Hotel Damascus

Hotel ini yang terletak bersebelahan dengan Hejaz Railway Station merupakan sebuah hotel from a bygone era. Biliknya besar dan bersih serta perkhidmatan pelanggan amat baik sekali. Namun dekornya sangat lama dan ketinggalan zaman. Kebanyakan pekerjanya juga merupakan ‘pekerja warga emas’ yang telah berkhidmat di hotel ini pada zaman kegemilangannya.

Lain-lain

Damascus merupakan antara bandaraya terbersih di dunia. Spotlessly amazing! Damascus juga tidak mempunyai peminta sedekah dan sangat selamat (no pickpockets). Orang Syria juga menjaga nilai tradisi yang tinggi.

Jumlah Perbelanjaan

Perjalanan

  1. Teksi dari Amman ke Damascus (teksi sharing 3 orang tapi harga untuk seorang) – 300SP (murahkan..)
  2. Teksi ke Damascus Airport dari Old City – 350SP (selepas heavy bargaining)
  3. Teksi dari perhentian teksi Amman-Damascus (Al-Samariyeh) ke Old City – 400SP (RM30 – kena tipu!)
  4. Jumlah flight ticket LHR-AMM+DAM-LHR – RM3000.00

Makan-Minum

  1. Chicken Shawarma (makanan paling murah dan mengenyangkan) – 50-75SP (RM3.80-RM5.70)
  2. Fries (besar gak) – 50SP (RM3.80)
  3. Sebotol air mineral kecil 250ml – 25SP (RM1.90)
  4. Sebotol air mineral besar 1.5L – 50SP (RM3.80)
  5. Coke 1 tin – 50SP (RM3.80)
  6. Jus Mangga dalam botol kecil – 25SP (RM1.90)
  7. Jus buah delima segar(cawan) di Souq Hamidiyyah – 75SP (RM5.60)
  8. Ais krim pistachio segar di Souq Hamidiyyah – 60SP (RM4.50)
  9. Makan malam utk 2 orang (starter, mains, sides, fresh fruits and juices, baklava) di Al-Khawali (Best Damascene Restaurant) – 1000SP (RM75.00)
  10. Makan malam utk 2 org di Leila’s Rooftop Restaurant (starter, main and fresh smoothies) – 700SP

Penginapan

  1. Twin room untuk semalaman di Orient Palace Hotel – 1900SP (RM142.00)

Tempat-tempat Menarik

  1. Umayyad Mosque – masuk percuma
  2. Azem Palace – 75SP
  3. Khan As’ad Pasha – 50SP

Palmyra

Palmyra atau pernah dikenali sebagai Tadmor, merupakan tapak arkeologi terpenting di Syria. Palmyra dulu merupakan sebuah tapak kebudayaan dan perniagaan di Silk Road.

Seperti tapak arkeologi yang lain, pastikan datang seawal yang mungkin iaitu sebelum pukul 9pagi jiakalau hendak menikmati kawasan ini dengan sendiri. Kalau lambat nanti ada banyak bas-bas pelancong yang datang..

Temple of Ba’al – temple of god of gods – complicated juga yer..

Bila sampai di sana, ada terfikir juga macam mana ada Roman-Greco influence di Middle East ini? Jauh juga diorang sampai..heheh..

Hotel Villa Palmyra

Hotel Villa Palmyra terletak di jalan utama di pekan Palmyra. Pusat arkeologi Palmyra terletak lebih kurang 10 minit jalan dari sini.

Aktiviti-aktiviti yang lain di Palmyra

Gambar – Traditional Palmyra Restaurant

Suka dimaklumkan bahawa pekan ini ‘mati’ pada sebelah malam. Ada gerai makanan yang buka sampai pukul 10malam. Seperti biasa restoran ini di‘suggest’ oleh lonely planet..traditional sangatlah makan kat sini sampai tak rasa apa-apa pun..no offence to the bedouins..Seperti biasa, harga makanan di sini agak mahal berbanding di Damascus..Kami berjaya lepak di sini bersama-sama pelancong lain selama 1 jam setengah..

Stesen Bas Harasta

Stesen bas Harasta merupakan stesen bas utama (macam Pudurayalah..) di pinggir Damascus, di mana kami menaiki bas Kadmouss untuk ke Palmyra. Perjalanan mengambil masa 4 jam. Kadmouss adalah merupakan syarikat bas terbaik untuk ke Palmyra. Mereka menyediakan air kosong di dalam bas..heheh..


Ibu Negara: Damascus

Negara berjiran: Turkey, Iraq, Jordan, Israel dan Lebanon

Jumlah Penduduk (est. 2009): Syria -21.7 juta, Damascus – 1.6juta

Tempoh Percutian: 4 hari 3 malam

Cuaca/Suhu: September -malam/siang – 18-31 darjah selsius

Tempat-tempat Menarik (Highlights):

1. Damascus

2. Palmyra

3. Aleppo

Maklumat Penting:

Ke sana (Getting There): Dari Kuala Lumpur – Tiada penerbangan terus (direct) dari Kuala Lumpur ke Damascus pada masa ini (Jan 2010).

Penerbangan Alternatif dari Kuala Lumpur:

1. Malaysia Airlines – Kuala Lumpur (KUL) ke Beirut (BEY), kemudiannya boleh diambil bas atau teksi ke Damascus. Perjalanan menggunakan bas boleh mengambil masa selama 2-3jam (harga lebih kurang RM20 atau 276 SP). Manakala teksi pula lebih cepat dan boleh dikongsi bersama penumpang lain (RM34 atau 460SP) Ini merupakan option paling cepat dan murah.

2. Malaysia Airlines – Kuala Lumpur ke Beirut. Kemudian Syrian Air atau Middle East Airlines dari Beirut ke Damascus.

3. Malaysia Airlines – Kuala Lumpur ke Dubai. Kemudian Emirates dari Dubai ke Damascus.

4. Air Asia X – Kuala Lumpur ke Abu Dhabi. Kemudiannya Etihad Airways dari Abu Dhabi ke Damascus.

Penggunaan Mata wang (currency): SP (Syrian Pounds) – current rate (Jan 2010) RM1 = SP13.40 or 1GBP = 73.6SP. Untuk maklumat lanjut - Penukaran mata wang semasa

Visa: Rakyat Malaysia boleh mengambil visa di mana-mana pintu masuk negara Syria.  Jangan lupa membawa kad pengenalan Malaysia ke sana..Sila rujuk kepada embassy Syria untuk mendapatkan maklumat terkini.

Maklumat lanjut – Syrian Visa Kuala Lumpur


Amman

Pertama kali menjejak kaki ke Amman, persepsi pertama adalah:

Bandar baru (West Amman) – keadaan yang agak berjerebu, trafik yang sangat sibuk, dipenuhi dengan bangunan moden

Bandar lama (Downtown) – bau sistem pengaliran yang tersumbat dan agak kotor. Namun Amman adalah bandar yang unik, moden dan progresif. Ia merupakan bandar yang paling mahal untuk didiami (cost of living) di Teluk Arab (Middle East).

Amman merupakan ibu negara Jordan. Amman mempunyai sejarah yang panjang – ia pernah dijajah oleh Empayar Assyrian, Persian, Greek, Roman dan Byzantine. Namanya telah bertukar berkali-kali iaitu Rabbath Ammon dan juga Philadelphia.

Amman asalnya dibina di atas tujuh buah bukit (jabal) tetapi hari ini bandaraya 2 juta penduduk, kini tersebar di atas 19 bukit.

Sekilas pandang,  kelihatan kesinambungan di antara yang baru dan lama. Amman boleh dibahagikan kepada 2 daerah iaitu East Amman dan West Amman. East Amman merupakan bahagian lama manakala West Amman adalah kawasan baru yang lebih maju.

Downtown Amman (sebahagian daripada East Amman)

Memandangkan Amman hanya merupakan pit stop untuk ke Syria, maka kami hanya sempat berada di sini semalaman sahaja. Kami telah memilih untuk tinggal di bandar lama (Downtown Amman) memandangkan ia mempunyai lebih banyak sejarah.

Amman Palace Hotel

Pemandangan dari bilik Amman Palace Hotel

Setelah tiba di Downtown pada pukul 8:30 malam, kami telah memilih untuk tinggal di Amman Palace Hotel (34JD), iaitu hotel terbaik di bandar lama ini. Walaupun hotel ini sentiasa dipenuhi oleh pelancong dari negara Arab yang lain, namun kualitinya amatlah rendah – rasanya hotel paling teruk pernah didiami. Anyway, I guess it was a good experience..heheh..

Makan malam di Cairo Restaurant

Terdapat pelbagai jenis restoran (rasanya kalau dibandingkan dengan Malaysia, restoran di sini lebih layak dipanggil warung saja..) di bandar lama ini. Kebanyakan restoran adalah kecil dan tidak ramai orang. Cairo Restaurant merupakan restoran yang terkenal di kalangan pelancong. Namun begitu, makanan adalah average saja..Di sini kami telah makan menu utama iaitu grill chicken dengan nasi.

Seperti di bandar-bandar Middle East yang lain, terdapat banyak gerai kecil yang menjual jus buah-buahan segar. Harga secawan air adalah 1.50JD.

Roman Theatre

The Roman Theatre merupakan antara pusat pelancongan terpenting di Amman. Dibina pada zaman Marcus Aurelis pada tahun 167-177AD. Theatre ini dibina ke arah utara, untuk melindungi penonton dari cahaya matahari. Tempat duduk yang paling atas dipanggil sebagai ‘The Gods‘.



Ibu Negara: Amman

Negara berjiran: Saudi Arabia, Egypt, Israel, Syria dan Iraq

Jumlah Penduduk (est. 2009): Jordan -6.3 juta, Amman – 3juta

Tempoh Percutian: 4 hari 3 malam

Cuaca/Suhu: September -malam/siang – 18-31 darjah selsius

Tempat-tempat Menarik (Highlights):

1. Petra

2. Laut Mati (Dead Sea)

3. Amman

Maklumat Penting:

Tempoh Penerbangan: London-Abu Dhabi (7 1/2jam), Abu Dhabi-Amman (3jam) menerusi Etihad Airways

Ke sana (Getting There): Dari Kuala Lumpur – Tiada penerbangan terus (direct) dari Kuala Lumpur ke Amman pada masa ini (Jan 2010).

Penerbangan Alternatif dari Kuala Lumpur:

1. Malaysia Airlines – Kuala Lumpur (KUL) ke Dubai (DXB), kemudiannya Dubai ke Amman (AMM) menggunakan Emirates

2. Air Asia X – Kuala Lumpur ke Abu Dhabi (AUH), kemudiannya Abu Dhabi ke Amman menggunakan Etihad Airways

Penggunaan Mata wang (currency): JD (Jordan Dinars) – current rate (Jan 2010) 1JD = RM4.70 or 1JD = 0.86GBP. Untuk maklumat lanjut - Penukaran mata wang semasa

Visa: Rakyat Malaysia boleh mengambil visa di Queen Alia International Airport, Amman dengan harga JD10.  Jangan lupa membawa kad pengenalan Malaysia ke sana..Obviously, coming from the UK I’ve left mine at home and therefore had to wait for more than an hour at the immigration..Sila rujuk kepada embassy Jordan untuk mendapatkan maklumat terkini.

Maklumat lanjut – http://projectvisa.com/visainformation/Jordan


Laut Mati (Dead Sea)

Sememangnya, perjalanan ke Laut Mati merupakan satu perjalanan yang ditunggu-tunggu. Ini disebabkan kisah Laut Mati ini pernah didengar semenjak di sekolah rendah lagi..So it was really intriguing to know how it looks like..

LautMati memisahkan antara Jordan dengan Israel (Gambar – dekat dengan horizon). Laut Mati merupakan kawasan darat yang paling rendah di dunia iaitu 422 meter (1385 kaki) di bawah paras laut.

Laut Mati adalah 8 kali lebih masin daripada air laut biasa. Jangan kumur..sekadar rasa sikit menggunakan jari sudah memadai untuk merasakan tahap kemasinan yang melampau ini..Believe me, kering tekak lepas tuh..

Amman Beach, Laut Mati

Memandangkan ketiadaan pantai yang sebenar di laut ini (banyak cliffs sahaja), terdapat 2 cara untuk mandi di sini.

Pertama adalah dengan menginap di 4 buah hotel 5 bintang di sini iaitu Kempinski, Marriott, Movenpick atau DeadSea Spa. Hotel-hotel ini menyediakan private beach (yang ditambak) yang tersendiri. Harga semalam adalah daripada $300-500 semalam.

Jika anda seperti saya (seorang budget traveller), maka anda akan semua menggunakan cara kedua iaitu pergi ke Amman Beach yang terletak bersebelahan dengan hotel-hotel ini. Harga masuk adalah 12JD untuk seorang. Amman Beach merupakan public beach yang sentiasa penuh dengan pelancong dan orang tempatan.

Antara larangan-larangan yang perlu dipatuhi di Laut Mati

Tips – pergi ke Amman Beach pada hari Isnin-Khamis untuk mengelak daripada kesibukan hujung minggu

So, apa yang famous sangat pasal laut ini hari ini. Selain daripada untuk mendapatkan mud bath, airnya sangat masin sampai memang mudah untuk floating seperti gambar di atas yang diambil daripada wikipedia (.http://en.wikipedia.org/wiki/File:Dead_sea_newspaper.jpg)

Pada mulanya, memang agak sukar untuk meng’adjust‘kan diri – sentiasa rasa nak tenggelam tapi tak tenggelam..Selepas beberapa percubaan baru boleh float dengan tenang dan mudah. Orang yang tak reti berenang macam saya pon boleh floating..memang tak akan tenggelam..Memang best mandi di situ – sempat mandi 2 jam juga.

Walaupun cuaca di Laut Mati ini lebih panas daripada tempat-tempat yang lain, yang menghairankan kulit tak akan terbakar jika mandi di tengah-tengah panas. Ini disebabkan kadar garam yang tersejat yang teramat tinggi menghasilkan satu lapisan udara yang UV protective. Sebab ini juga menghasilkan udara yang sedikit berjerebu berbanding kawasan-kawasan lain di Jordan.




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.