Jordan – Wadi Musa

17Jan10

Amman ke Wadi Musa

Penerbangan Etihad tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia dari Abu Dhabi. Lanskap padang pasir di luar kelihatan panas dan kering kontang. Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia adalah lapangan terbang yang kecil sahaja. Namun begitu, sebuah terminal baru sedang dalam pembinaan. Urusan imigresen di sini biasanya senang dan sekejap saja..Namun begitu, I’ve forgotten to bring any additional ID as in kad pengenalan Malaysia, so terpaksa tunggu lebih daripada sejam untuk selesai masalah ini..This is a great trip..Nothing planned at all (no hotels booked etc.)..Nasib baik I did managed to contact a taxi driver found randomly from google to pick me us up at the airport. Pemandu teksi kami bernama Hamzeh, berasal daripada Petra.

Pemandangan padang pasir sepanjang laluan ke Wadi Musa (melalui Desert Highway). Perjalanan dari Airport mengambil masa 3 jam.

Pemandangan dari King’s Highway cannot be missed!

Yer..unta-unta ada di merata-rata tempat..

Wadi Musa springs, tempat sejarah Islam

Pekan Wadi Musa dengan berlatar belakangkan pusat arkeologi Petra

Setibanya di pekan kecil Wadi Musa, kami pergi ke sebuah hotel yang ditulis di dalam buku lonely planet – Amra Palace. Di luar kelihatan agak cantik (for a middle of nowhere standard I guess), so terlebih dahulu kami meninjau keadaan bilik – kebersihan, tandas dan sebagainya. Selepas berpuas hati kami terus book bilik untuk semalam memandangkan hotel ini fully booked for the next few days..Harganya adalah lebih kurang 50JD (twin room including breakfast).

Maklumat Penting – Adalah menjadi perkara biasa untuk meninjau keadaan bilik sebelum mengambilnya di Middle East. Tawar menawar juga boleh dilakukan bergantung kepada keadaan – jika tiba di hotel pada waktu petang/malam, atau didapati hotel tidak sibuk..

Makan malam di Al-Bukhara – one of the best local dining place..

Restoran Al-Bukhara terletak di tengah-tengah bandar Wadi Musa. Warung tepi jalan ini famous dengan ayam grill. Restoran ini was suggested by the lonely planet for good and cheap food. Sememangnya tempat ini adalah yang paling lively, walaupun hanya kelihatan lebih kurang 5 orang tempatan dan 10 orang pelancong. Sajian ayam grill datang bersama roti pita yang agak kering, nasi putih dan bawang (yer..bawang begitu sahaja – nasib baik aku suka bawang..). Rasanya oklah..Harga adalah 6 Dinar.



No Responses Yet to “Jordan – Wadi Musa”

  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: