Jordan – Laut Mati (Dead Sea)

28Jan10

Laut Mati (Dead Sea)

Sememangnya, perjalanan ke Laut Mati merupakan satu perjalanan yang ditunggu-tunggu. Ini disebabkan kisah Laut Mati ini pernah didengar semenjak di sekolah rendah lagi..So it was really intriguing to know how it looks like..

LautMati memisahkan antara Jordan dengan Israel (Gambar – dekat dengan horizon). Laut Mati merupakan kawasan darat yang paling rendah di dunia iaitu 422 meter (1385 kaki) di bawah paras laut.

Laut Mati adalah 8 kali lebih masin daripada air laut biasa. Jangan kumur..sekadar rasa sikit menggunakan jari sudah memadai untuk merasakan tahap kemasinan yang melampau ini..Believe me, kering tekak lepas tuh..

Amman Beach, Laut Mati

Memandangkan ketiadaan pantai yang sebenar di laut ini (banyak cliffs sahaja), terdapat 2 cara untuk mandi di sini.

Pertama adalah dengan menginap di 4 buah hotel 5 bintang di sini iaitu Kempinski, Marriott, Movenpick atau DeadSea Spa. Hotel-hotel ini menyediakan private beach (yang ditambak) yang tersendiri. Harga semalam adalah daripada $300-500 semalam.

Jika anda seperti saya (seorang budget traveller), maka anda akan semua menggunakan cara kedua iaitu pergi ke Amman Beach yang terletak bersebelahan dengan hotel-hotel ini. Harga masuk adalah 12JD untuk seorang. Amman Beach merupakan public beach yang sentiasa penuh dengan pelancong dan orang tempatan.

Antara larangan-larangan yang perlu dipatuhi di Laut Mati

Tips – pergi ke Amman Beach pada hari Isnin-Khamis untuk mengelak daripada kesibukan hujung minggu

So, apa yang famous sangat pasal laut ini hari ini. Selain daripada untuk mendapatkan mud bath, airnya sangat masin sampai memang mudah untuk floating seperti gambar di atas yang diambil daripada wikipedia (.http://en.wikipedia.org/wiki/File:Dead_sea_newspaper.jpg)

Pada mulanya, memang agak sukar untuk meng’adjust‘kan diri – sentiasa rasa nak tenggelam tapi tak tenggelam..Selepas beberapa percubaan baru boleh float dengan tenang dan mudah. Orang yang tak reti berenang macam saya pon boleh floating..memang tak akan tenggelam..Memang best mandi di situ – sempat mandi 2 jam juga.

Walaupun cuaca di Laut Mati ini lebih panas daripada tempat-tempat yang lain, yang menghairankan kulit tak akan terbakar jika mandi di tengah-tengah panas. Ini disebabkan kadar garam yang tersejat yang teramat tinggi menghasilkan satu lapisan udara yang UV protective. Sebab ini juga menghasilkan udara yang sedikit berjerebu berbanding kawasan-kawasan lain di Jordan.



No Responses Yet to “Jordan – Laut Mati (Dead Sea)”

  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: