Jordan – Amman

30Jan10

Amman

Pertama kali menjejak kaki ke Amman, persepsi pertama adalah:

Bandar baru (West Amman) – keadaan yang agak berjerebu, trafik yang sangat sibuk, dipenuhi dengan bangunan moden

Bandar lama (Downtown) – bau sistem pengaliran yang tersumbat dan agak kotor. Namun Amman adalah bandar yang unik, moden dan progresif. Ia merupakan bandar yang paling mahal untuk didiami (cost of living) di Teluk Arab (Middle East).

Amman merupakan ibu negara Jordan. Amman mempunyai sejarah yang panjang – ia pernah dijajah oleh Empayar Assyrian, Persian, Greek, Roman dan Byzantine. Namanya telah bertukar berkali-kali iaitu Rabbath Ammon dan juga Philadelphia.

Amman asalnya dibina di atas tujuh buah bukit (jabal) tetapi hari ini bandaraya 2 juta penduduk, kini tersebar di atas 19 bukit.

Sekilas pandang,  kelihatan kesinambungan di antara yang baru dan lama. Amman boleh dibahagikan kepada 2 daerah iaitu East Amman dan West Amman. East Amman merupakan bahagian lama manakala West Amman adalah kawasan baru yang lebih maju.

Downtown Amman (sebahagian daripada East Amman)

Memandangkan Amman hanya merupakan pit stop untuk ke Syria, maka kami hanya sempat berada di sini semalaman sahaja. Kami telah memilih untuk tinggal di bandar lama (Downtown Amman) memandangkan ia mempunyai lebih banyak sejarah.

Amman Palace Hotel

Pemandangan dari bilik Amman Palace Hotel

Setelah tiba di Downtown pada pukul 8:30 malam, kami telah memilih untuk tinggal di Amman Palace Hotel (34JD), iaitu hotel terbaik di bandar lama ini. Walaupun hotel ini sentiasa dipenuhi oleh pelancong dari negara Arab yang lain, namun kualitinya amatlah rendah – rasanya hotel paling teruk pernah didiami. Anyway, I guess it was a good experience..heheh..

Makan malam di Cairo Restaurant

Terdapat pelbagai jenis restoran (rasanya kalau dibandingkan dengan Malaysia, restoran di sini lebih layak dipanggil warung saja..) di bandar lama ini. Kebanyakan restoran adalah kecil dan tidak ramai orang. Cairo Restaurant merupakan restoran yang terkenal di kalangan pelancong. Namun begitu, makanan adalah average saja..Di sini kami telah makan menu utama iaitu grill chicken dengan nasi.

Seperti di bandar-bandar Middle East yang lain, terdapat banyak gerai kecil yang menjual jus buah-buahan segar. Harga secawan air adalah 1.50JD.

Roman Theatre

The Roman Theatre merupakan antara pusat pelancongan terpenting di Amman. Dibina pada zaman Marcus Aurelis pada tahun 167-177AD. Theatre ini dibina ke arah utara, untuk melindungi penonton dari cahaya matahari. Tempat duduk yang paling atas dipanggil sebagai ‘The Gods‘.



No Responses Yet to “Jordan – Amman”

  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: